cerpen
Seorang
Melayu dan Telur Rebus
anonym
Aku baru berkahwin
setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka
makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin,
aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni, aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus
ni, sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. So aku dah tak kisah
lagilah.
Ceritanya begini. Bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta
aku rosak. Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab
kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu, ada
telur rebus lah.
Akupun makan nasi
dengan telur rebus. Lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk
diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk
makan sambil berjalan balik nanti. Tiba dekat rumah aku rasa amatlah
kenyang, maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk
kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam
ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi
dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet
sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise'
isteriku ini. Aku pun tahan ler.
Tetiba telefon berbunyi,
isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan
kentut yang ditahan sekian lama. Fuuuuhhh lega
rasanya. Bau boleh tahan, maklumler berapa biji telur tah aku bedal
tadi.
Alamak, ada lagi
satu la, aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.
Bunyinya PRRROOOTTTT! Fuh bau jangan cakap beb, aku pun tak tahan
bau dia. Aku kipas pakai tangan angin, dia kasi kurang sikit bau dia.
Adalah macam bau telur tembelang sikit.
Tetiba aku dengar
bunyi telefon berdering lagi. Hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku
tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah,
kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu,
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu. PRRROOOOOTTT!!!!.
Fuhh lega, bergegar sikit meja makan dibuatnya.
Peh tak tahan aku
bau dia power gila, aku tutup hidung aku. Aku rasa bau dia ada sikit-sikit
macam bangkai la. Mau mati bunga atas meja makan aku ni. Sambil tu
aku sebut ; 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit
baru bau bangkai tu hilang.
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat. Lalu dia
kata 'Surprise! Happy Birthday!!' dan suruh aku buka kain penutup
mata aku. Laaa birthday aku hari ni le, camne boleh lupa ni. Aku buka
le kain penutup mata aku. Mulutku terus melopong. Alamak!!!...
Benda pertama aku lihat... muka merah padam pak mertua aku, mak mertua
aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah aku pun ada!!***
ceritanet©listonpsiregar2000